Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”,
mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya
sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan
mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang
agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan
tertindas.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup.
Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe.
Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni
nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak
keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal
pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi
sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita
mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks
saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung
sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib
taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya?
Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah
pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak
samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas
akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan
Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada
wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang
bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu
Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan
sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan
keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab
soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang
mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan
dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas
dan permata, adakah awak nak
letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar
tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi
dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama
hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit
anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu
tengok saya hanya berseluar
pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok
imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar
pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya
hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat
mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan
oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak
meninggal pula masa beranak
tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga
menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak
ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat
nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab
keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya,
anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat
lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah
anak lelaki awak!”
Beruntung perempuan ini
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib
berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan
menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima
pahala setara seperti
pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat
senjata!”
Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya
Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi
menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada
wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana
ramainya kaum kami berbanding
kaum lelaki.”
Demikianlah dialog wanita-wanita
yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam
tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk
kepada cara-cara
dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita,
maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala
hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan
yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu
kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w
pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut)
terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.
Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu
No comments:
Post a Comment