Sunday, March 27, 2011

Wangian Syurga..

Kasturi Kijang


Mengikut rujukan pengarang kitab AL-ALQAA 'IQ' dan juga kitab JAAMI KERAAMAT AL-ALIYAA, sesungguhnya di kala Nabi Adan A.S. diturunkan dari syurga ke bumi, baginda telah diziarahi oleh seekor kijang, lalu Nabi Adam A.S. telah menghadiahkan secebis daun dari syurga dan dengan izin ALLAH SWT memberikan dia berbau kasturi.


Khasiat Kasturi:


Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuan terutama Ibnu Qayyin Al Jaudiah Ria dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi di dapati mempunyai banyak khasiat:



  1. Mengelak pukau
  2. Mengelak sawan tangis
  3. Mengelak sawan malam / terkejut-kejut
  4. Mengelak sihir
  5. Memberi kekuatan ruh (kesihatan rohani)
  6. Menenangkan jiwa dan hati
  7. Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
  8. Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
  9. Menghilangkan debaran jantung
  10. Menyedarkan orang pengsan
  11. Menghilangkan sejuk tubuh
  12. Menghilangkan sesak nafas
'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.


Doa memakai haruman kasturi:
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ، اَلَّلهُمَّ صَلَّى عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدٍ


Cara Pemakaian Kasturi

Menurut Syaikh Hayat Ali Ridzha Al-Khiyami an Naqsyabandi, pesakit yang terkena sihir hendaklah memakai minyak wangi di ‘32’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:


20: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
2: Dua lubang hidung.
2: Dua lubang telinga.
2: Dua kening berdekatan mata.
1: Sekeliling mulut.
2: Dua puting payu dara.
2: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
1: Lubang pusat.


Manakala menurut Al-Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah bin Abdul Rahman, asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening.

Menurut Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin asas pemakaian kasturi mengikut sunnah ialah kasturi disapu di baju atau ihram dan juga di kening dan penambahan satu kawasan iaitu menandakan kasturi dipergelangan kedua tangan. Pusing mengikut tawaf kaabah (anti-clock wise).

Namun begitu, fadhilat yang paling baik hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan berwangi-wangian kerana 70 kali lebih baik dari tidak memakai wangi-wangian. InsyaAllah!
.

Friday, March 25, 2011

Kaedah Memagar Rumah

Sebelum Amalan:

Doa (mohon ALLAH lindungi diri, keluarga & rumah) 
Baca Yassin ayat 1-9 7x (untuk dinding diri)
Amalan untuk Setiap 6 Arah (Atas Bawah, Kiri Kanan Rumah, Depan Belakang Rumah): 
Hadapkan muka pada arah yang hendak dipagar 
Baca Ta'awudz 7x, tiup bahu kiri (bagi mengelakkan mendapat bisikan2 jahat) 
Baca Bismillah 7x, tiup bahu kanan (untuk mengelak bisikan jin2 Islam yang fasik) 
Qursi 25x (tetapi untuk yang was2 baca 45x)
Amalan ini boleh dibuat berkumpulan supaya lagi cepat.
insyALLAH.

Kalau boleh dibacakan dihadapan sebaldi air. Amalan ini juga boleh dibuat untuk memagar harta benda yang baru dibeli, contohnya kereta dsb, lalu disiram pada harta benda tersebut bermula dari kanan siram pusing mengelilinginya sehingga bertemu semula tempat permula tadi. InsyaALLAH harta benda terpelihara dari mara bahaya.

Lahaulawala Quwata Illa BiLLAHil Aliyil Azim.

Tuesday, March 22, 2011

Waktu Jin Berkeliaran



Nabi Muhammad saw menyuruh kita 'mengurung' anak2 kita di dalam rumah pada waktu senja kerana bimbang diganggu oleh jin dan syaitan!


Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. [HR Bukhari]


Tahukah anda???? Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin, dan waktu pagi kita adalah waktu 'senja' jin... Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya!

Ada beberapa waktu yang sangat kritikal yang mana jin sangat suka berkeliaran...

Antaranya:

Waktu yang paling disukai jin adalah waktu SENJA... Waktu ini jin berkeliaran mencari mangsa...

Sebab itulah:

1) Pesakit gangguan sihir tidak digalakkan keluar pada waktu ini.. Duduk saja di rumah pada waktu ini. Keluar berjalan2 di luar rumah pada waktu ini menyebabkan pesakit gangguan sihir bertambah kritikal!

2) Anak2 kecil hendaklah diperambat balik ke rumah.. bukan dibiarkan berkeliaran dan dibawa berjalan2 di pasar malam @ pasar senja... Nabi saw menyuruh ibu bapa 'mengurung' anak2 di dalam pada waktu senja kerana jin dan syaitan suka mengganggu anak2 kecil pada waktu senja...

JADI:

Jangan salahkan sesiapa jika anak anda menangis malam dua minggu berturut2 jika yang menyebabkan anak anda menjadi begitu adalah anda sendiri sebagai akibat dari membawa mereka keluar rumah pada waktu SENJA'; berjalan di pasar malam....

Ada beberapa waktu lagi yang menjadi waktu faveret jin untuk keluar:

-waktu Magrib- malam menjelang

-di tengah malam

-masuk ke rumah yang sudah lama ditinggalkan

-ketika berubat dengan bomoh

-bersangatan marah

-melalui jalan sunyi

-terdengar bunyi binatang-himar

-sewaktu hubungan seks yang tidak dimulai doa


Oleh itu berhati2 dan berwaspadalah pada waktu2 ini!!

Monday, March 7, 2011

BENARKAH SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA?


Seringkali dicanang dan dimomokkan di dalam cerita seram yang ditayangkan di television bahawa sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.
Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.
Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
(Al-Araf :27)
Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.
Kenyataan yang terlalu umum "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya kenyataan "sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia" ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.
Firman Allah:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
"Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?")
(Al-An'am : 130)
Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.
Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba'ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma'rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.
Firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ
"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik."
(Al-Rum : 41-42)
Oleh itu, pihak yang selalu menggunakan kenyataan tersebut perlu terlebih dahulu merujuk kepada sumber Islam bagi mengelakkan kejadian sebegini terus berlaku.

Saturday, March 5, 2011

Cara Rasukan Jin

Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
” Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya “.
Dari Hadis di atas jelaslah bahawa Jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh manusia seperti arus eletrik mengalir dalam kabel penyalurnya. Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki manusia melalui salah satu cara yang berikut.
ANTARANYA :
Melalui Khadam atau manusia itu sendiri menjadikan Jin sebagai sahabatnya.
Melalui ” saka Baka “
Melalui Sihir yang di lakukan oleh manusia lain ke atasnya.
Kerana manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah, bererti mendekatkan diri untuk di kuasai oleh Jin dan Iffrit.
Melakukan kejahatan terhadap Jin tertentu seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada Jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak Jin.
Kerana adanya Jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
Melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan Jin.
Apabila telah memasuki badan manusia, walau dengan apa cara sekali pun Jin tersebut akan mendiami salah satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia. ( walaupun mereka bebas bergerak-gerak dalam badan manusia )
CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN
Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin
Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya ” Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah”
Membaca Ayat2 Ruqyah : Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.
Cara selepas Zaman Rasullulah SAW
Zaman Imam Ahmad: Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.
Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.
Hal dalam menangani gangguan Jin.
Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Contoh : – Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat – Tilawah Qur’an – Ta’alim – dsb