Saturday, April 30, 2011

Hubungan Manusia Dengan Jin

Hubungan Dengan Jin

Dalam kehidupan ini, manusia hanya mempunyai 2 jenis hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan dengan manusia (hablum minannas). Sama sekali tidak pernah dianjurkan bagi mewujudkan hubungan dengan jin (hablum ninal jin). Ini bererti, manusia dilarang oleh Allah bagi melakukan apa sahaja jenis hubungan dengan jin. Manusia tidak akan memperoleh keuntungan daripada perhubungan ini. Allah menyatakan dalam surah al-Jin ayat 60:

"Dan ada beberapa orang lelaki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki jin, maka jin-jin itu menambah untuk mereka dosa dan kesalahan."

Manakala dalam surah al-Hajj ayat 67, Allah berfirman:

"Bagi tiap-tiap umat Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah kamu (Muhammad) dalam urusan (syariat) ini..."