Thursday, January 5, 2012

Merawat Gatal Kulit

Kaedah:


  1. Mandi air daun bidara 7 helai setiap hari (daunnya diramas dan digosok) atau; 
  2. Mandi limau purut setiap hari, atau;
  3. Mandi dengan sesudu garam atau tawas atau;
  4. Mandi dengan campuran segenggam tanah
  5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya)-petua melayu

Sebelum mandi, hentakkan kaki ke bumi (menghentak kaki ke bumi mungkin suatu bidaah, tetapi untuk rawatan kulit ini, kita mahu ambil keberkatan hentakan kaki sebagaimana perbuatan Nabi Ayyub dalam wahyu ilahi), lalu dijirus air ke seluruh tubuh sambil membaca doa sebelum mandi, doanya ialah:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ


Kesemua air mandian dicampur ais kerana yang kita nak dapatkan ialah air sejuknya (بَارِدٌ)



Jangan lupa buat zikir 83 kali selepas solat, zikirnya dari doa nabi Ayyub iaitu:

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

No comments:

Post a Comment